Arkib Blog

Khamis, 17 Mac 2011

UDANG GORENG BAWANG

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • setengah kilo udang
  • *satu labu bawang besar ( kulit kuning)
  • garam
  • secubit gula
  • serbuk perasa (ajinomoto)
  • *1 ulas bawang putih - jika suka
  • *setengah biji lada hijau - jika suka
  • ( bahan bertanda * di mayang)
  • sedikit kunyit debu @ kunyit hidup.
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. bersihkan udang. perap bersama garam dan kunyit.
  2. goreng udang, bila dah masak... angkat dan toskan minyak.
  3. dalam kuali lain, panaskan 2 @ tiga sudu minyak masak. masukkan semua bahan yang dimayang. goreng dengan api kecil.
  4. goreng semua bahan tadi hingga layu. masukkan secubit gula dan serbuk perasa. letakkan sikit serbuk kunyit utk warna. kacau sekejab... boleh la di angkat dan curahkan di atas udang.
  5. sedia untuk dihidang. makan bersama nasi putih. udang boleh juga di ganti dengan ayam @ Ketam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...